17 August 2012

Selamat Tinggal Sahabat Sejatiku, Mohd Hafizul Asraf :'(


pijo : ...rose, kau balik bile ?
melon : aku balik hari khamis minggu depan. kenapa?
pijo : saje je tanya.
melon : jo, janji taw yang khamis or jumaat kte jumpe ek ? serius, aku rindu la kat kau.
pijo : insya-Allah. Kalo sempat jumpa, kite jumpa. Kalo tak sempat, tak ape lar....

Melon tak percaya tu rupa2nya kata2 terakhir arwahyarham Mohamad Hafizul Asraf, yang baru sahaja meninggalkan kami semua dan pulang kepada penciptanya pada jam 10.30 malam 16 ogos 2012. Arwah meninggal akibat excident selepas pulang dari tuisyen.

Sebak sangat apabila satu2nya sahabt sejati yang paling terbaik dalam hidup melon pergi tanpa sempat jumpa. Melon sedih sangat sebab melon dah kehilangan lagi orang yang tercinta. Melon berharap sangat yang khabar tentang beliau malam tadi tu cuma kahbar angin. Tapi apakan daya, memang Allah terlalu menyayangi beliau, dan dia pergi dari dunia ini selamanya.

Melon teringiang-ingang dengan semua yang arwah cakap masa seminggu sebelum arwah meninggal. Arwah nak melon masuk pertandingan mencipta video. Tapi waktu demi waktu, melon rasa tak sempat pula nak buat video tu. Ingatkan nak jumpa nanti , baru nak cakap kat arwah yang melon nak cancelkan. Tapi rupa2nya, tak sempat. Maafkan melon, pijo.

Melon simpan lagi mesej yang arwah reply... "welcome syg".. memang kenangan msj tuh. Ble tringat pasal mesej , melon teringat time bufday melon. Arwah berusaha sangat nak jadi irang yg first wish bufday melon.

pijo : rose.. nanti aku nak jadi orang yang first sekali wish bufday kau tau??
melon : iyelah kawanku. Aku tunggu taw. Kau tak buat, siapkau.!

betul2 tepat 12a.m , arwah lah orang yang first sekali wish kat melon. Bile melon call n cakap arwah berjaya , dye happy sangat2 time tuh. arwah ada cakap "Serius, aku happy giler dapat first wish bufday kau! hihi. Lepas nih, tak tau la aku dapat wish lagi ke tak." Terkilannya bila arwah cakap cam tuh. Arwah tu melon da anggap lebih dari kawan coz dialah soulmate, dialah adik kesayangan melon. Melon nak gi mana, mesti ajak dia. Sebab keluar dengan arwah best, dia pandai sangat buat lawak n tarik hati perempuan. Sebab tu, melon selesa sangat keluar n bersama dengan arwah.

Meskipun baru 4 tahun melon kenal arwah, tapi dah macam2 melon kenal baik buruk arwah. Arwah insan yang sangat baik. Susah nak nampak keburukan arwah. Arwah tak pernah berkira. Apa yang orang minta, tu la juga dia bagi. Melon ingat saat kite mula kenal. Dulu kita musuh kan? Tapi lame2 , melon try berbaek dengan arwah. Pastu , arwah selalu buat lawak kat melon. Melon jadi makin suka kawan dengan arwah. Dan, hari demi hari, kiteorang jadi rapat sgt2 n melon jadikan dia sahabat sejati melon. Dulu, setiap petang, arwah bawak melon pegi jalan2 kat taman awam nilai. Kadang2, macam2 tempat arwah bawak melon n kawan2 laen. Jadi, satu nilai ni dah penuh dengan kenangan manis n pahit melon dan hafizul asraf.......
Tak tahu mana lagi nak larai dari semua ni....

Siapa sangka. Setiap hari jumaat dye selalu baca yasin dengan aku, tapi kali ni aku baca yasin tuk dia.
siapa sangka. Satu2nya insan yang sentiasa tahu aku dalam masalah meskipun belum tahu, tapi akhirnya tiada lagi yang akan tahu dulu.
siapa sangka, insan yg selalu bagi aku semangat bila aku patah hati, tapi kali ni aku akan menanggung.
siapa sangka. sahabat paling sejati , satu2nya teman hatiku pergi selamanya...

Hanya dia satu2 nya sahabat terbaik dalam hidup aku. Perit sangat bila arwah meninggalkan aku. Sejuta satu kenangan buat aku sentisa teringat pada arwah. Dia seolah2 sentiasa ada bersama aku. Kadang2 rasa tak percaya yang dia pergi, tapi aku relakan pemergiaannya. Insan yang selalu buat aku ketawa , gembira. Namun kini, segalanya hilang.

Pijo, aku akan sentisa merindui saat2 kita bersama. biarlah selama nie, rahsia kita tetap selamanya. aku akan simpan sijil SAHABAT SELAMANYA yang kau buat tuk aku. Dunia n akhirat, aku cintakan kau. Al-fatihah buat sahabat yang tiada penggantinya.... semoga Mohd Hafizul Asraf bin Mohd Nizam akan dtempatkan dikalangan orang2 yang beriman... tunggu aku sahabat, kita akan bertemu lagi... :'(

2 comments:

  1. bnyk2 brsbar k...abg pun prnh rse pe yg zetty rse ble org yg kte rpat n syg dh xde lg dkt dpn mata kite n ddnia ni lg...tmbah plak org yg kte syg mnggal dlm situasi yg sme...excident mse bawak moto...tp ape kn daya..Allah lbih sygkn die...kte cme hanya brdoa spaya die sntiase ikeliling org yg briman dan soleh n rohnya dcucuri rahmat..kite yg msh hdup ni msti truskn prjuangan kite...amin...

    ReplyDelete
  2. mmm.sabar lah yeaa kak , aida pun rasa pemergian dia , aida doakan dia aman dekat sana , aminnn.

    ReplyDelete

Copyright© All Right Reserved Zetty Najwa Rosni