31 December 2011

Tahun baru yang BARU buatku !

*Zetty najwa & Amirul asraf dah setahun! Yeppiiiii*

Hola semua ! Haiyaaa, lagi sehari je kan 2011 nak berganti dengan 2012?
Cepat nye masa berlalu. ngee~ Rasa macam baru menanti debaran SPM, rupenye dah selesai dah..

"Tahun baru yang BARU buatku!"
kali ni melon buat tajuk gitu sebab nye tahun baru ni lar najwa dah masuk dunia baru tanpa sekolah lagi dah.. Najwa kene mengharap pula hidup tuk dunia baru nih.
Haish..

Hari ni dah setahun najwa dengan dia. 30 Disember 2010 ------> 31 Disember 2011
Setahun la tuh kan? hahaha ! seronok nye!
Kami tak sambut pun, coz ada masalah ekonomi sikit.
So, kami sambut masa cuti raya cina nanti. Weeeeee~
hehehehe
Sayang & Cinta awak, amirul, sangat99 sampai syurga !!!

K lar, najwa akan buat entry baru selepas 3 bulan okey? Insya-Allah panjang umur najwa coret kisah lagi okey?
sayang korang semua !
k boooooiiiiiii ! assalamualaikum!

13 December 2011

Nurul Hannani Razali :)


Jeng, jeng, jeng ! Haaa, ni la dia adeq angkat Melon yang paling tersayang!
Nama dia NURUL HANNANI RAZALI. Dah nak hampir 2 tahun dia jadi adeq angkat najwa.
Lama kan? Dia lah adeq angkat yang paling setia dengan najwa.

Sempena dengan hari ni, 13 Disember, hari jadi dia yang ke-14.
Tahun depan dia dah form 3. Hurm..Lepas ni najwa dah tak dapat nak tengok2 dia dekat sekolah. Selalunya dekat sekolah, dia la yang paling manja dengan najwa.
Sampaikan kawan2 & cikgu2 dah sangka kiteorang adik-beradik betul2.
Muka pun dah hampir serupa. :)

"Happy Bufday to You, adeq sayang !"

Najwa ingat masa hari orientasi tingkatan 1 tahun lepas dia datang berlari dekat najwa & terus cakap "Kakak wawa, jadilah kakak angkat nani ek? please..."
Najwa tergelak tengok muka comel dia & kata2 dia masa tuh.
Kali pertama ada budak junior cakap macam tu kat najwa. Terus aje najwa terima.

Dia selalu setia dengan najwa. Apa2 masalah mesti dia luahkan,
baik susah dia mesti cerita dekat najwa. Sebab tu najwa sentiasa anggap dia macam adek sebenar. Dia tak pernah berkira apa2 benda pun dengan najwa.

Sampai sekarang, najwa harap dia takkan cari "pengganti" najwa.
Sebab sampai bila2, tempat dia sebagai seorang adek buat najwa takkan ada pengganti.

I always love you, dear sis. Forever, you never "die" in my heart. :)

11 December 2011

Penakut !


urm, ari ni mood najwa kurang baik lar. Bukan mood jahat tapi mood boring.
Masuk hari ni dah 2 minggu najwa habis SPM. Lagi 2 minggu nak prepare ke PLKN.
So, sepanjang nak tunggu waktu tu lar najwa bosan sangat.
Nak hang out tak ada member, tentang kawan2 sampai skrang pun tak tau cerita.
Terpaksa lar najwa terperap dalam rumah. hurm..

Tadi, tengah2 boring najwa teringat satu kawan dekat Facebook yang dapat PLKN. Dan, member baik dia pun dapat PLKN gak, kebetulan besar kawannya tu sama PLKN dengan najwa.
Najwa pun try la cari balik GIRL tu. Najwa pelik sangat bila tak jumpa FB dia.
Bila cari punya cari, akhirnya jumpa jugak.
But, dye da remove najwa dari FB dia. WHAT ?! Sumpah , najwa pelik sangat2!
Apa salah najwa ye? Najwa pun tak kenal dia & dia pun tak kenal najwa.
Tapi, kenapa dia nak remove2 najwa pula?
Maybe, sebab dia satu sekolah dengan my hubby & ada something yang najwa tak tahu.
Hurmm, entahlah. (kesah pula aku. week.)

/\
|
|
Sejak menjak ni, lagu ni dah jadi kegemaran najwa.
Bila najwa boring, mesti lagi ni najwa nak dengar sangat. Hope lagu ni tak da bawak apa2 makna.
Yelar, lirik dia buat seram najwa tau!

Kbooiiiii! Muah!

10 December 2011

Cinta Tiga Suku? Kalau Ada Jodoh...

:65:Cinta Tiga Suka:66: :65:Kalau Ada Jodoh:66:

Ding Dong:face42: Cik Melon nak coret kisah lagi ni!
Kenapa dengan dua muka buku atas ni ? urmm:face26: sebab najwa nak cerita pasal buku yang najwa dah baca ni. ngee:face17:

Jap ! Najwa baru perasan buku ni ada persamaan.
Dua2 cover ni ada gambar jenis motor yang sama lar! hehehe:face15:

Okey, yang first CINTA TIGA SEGI. Novel ni boleh tahan gak cerita dia.
Kisahkan gadis si comel tapi brutal, Nurul Iman, atau lebih dikenali
" IMAN BRUTAL YANG COMEL!"
daaa, tu yang dia gelar diri sendiri sepanjang najwa baca novel ni:face4:

Walaupun cerita ni kurang sikit klimaks yang gempak2, tapi yang buat najwa tertariknya watak heroin yang tackel watak hero.
HAHA! teringat waktu najwa sendiri yang tackel my hubby mase first time jumpa!
Malu ooo nak minta no telefon dia!:face56:

Balik pada cerita, novel ini kisah antara Minah Sewel, Nurul Iman dengan Mamat Tiga Suku, Arie. Rasanya najwa tak perlu cite panjang2 sebab mesti semua dah baca, bukan?
Kalau nak suruh najwa review kan cerita dia, lebih elok janganlah. Mungkin ada yang terasa atau terisnggung pula kalau najwa sendiri komen.
By the way, Novel ni tetap best okey! :face57:

Okey, novel kedua tu plak. Haaaaa, Novelis yang amat najwa kagumi & minat sesangat-sangat!:face50: KALAU ADA JODOH -Mimie Afinie

Sanggup tak tido sampai pukul 3 pagi sebab nak habis kan novel ni. Cerita dah la banyak gempak, sampai najwa sendiri dah naik gempak tak cukup tido. atoto:face69:

Tiada sesiapa mahu sengsara. Tiada jua yang inginkan derita. Namun takdir Tuhan tiada siapa yang mampu menepis? Marini terpaksa mengharungi sebuah kehidupan yang berdepan dengan onak dan duri hinggalah dia menumpang di rumah kakaknya. Di sanalah perjalanan hidupnya mula berubah. Tiba-tiba sahaja dia bertemu dengan Pyan, lelaki yang punyai personaliti yang jauh beza daripada apa yang ada dalam kotak fikirannya. Pun begitu, Faris tidak pernah melupakannya. Kesilapan yang pernah dilakukannya mahu dipulihkan semula.

urm , walaupun dah selesai baca tapi najwa still tetap baca berulang2 kali:face34:. Serius, karya MIMIE AFINIE tetap jadi pilihan najwa & tak ada karya lagi best dari dia bagi najwa:face20:!

Klar, najwa nak pegi cari novel baru tu baca2. Yelar, ingat cuti dah habis sekolah ni best ape ? Boring sangat2 tau !
Kboiiiii, lep u :face56: !

09 December 2011

TIPS : nak tarik perhatian blogger untuk follow blog kita


ding-dong ! ayoyo, semalam najwa tak sempat nak posting apa-apa pun sebabnya line internet tak ada pastu najwa ada masalah peribadi sikit.

Hari ni najwa nak bagi serba sikit tips nak tarik minat blogger lain untuk follow blog kita. Sebenarnya tak susah pun & tips yang najwa kasik ni daripada apa yang najwa kaji sendiri okey? Najwa tak ada nak kredit2 kan sape2 pun.

Yang Pertama !

♥ Perlukah korang nak saratkan blog korang dengan macam2 widget ?
Adoy, tak perlulah dear. Setakat 1-3 widget yang nampak cantik sudah. Jangan bubuh widget macam salji 5-10 warna sekali gus. Ni kalau selagi nampak widget yang korang suka, selagi tuh korang saratkan kat blog.
Lebih elok kurangkan widget. Itu dapat bantu kita nak tarik minat follower & kurangkan lagi berat blog kita.
Kan cantik & kemas kalau kita guna yang simple pada blog kita ?

YANG KEDUA !

♥Haaa, ni yang paling najwa tak berminat bila blog korang sarat bubuh macam2 gambar!
Adoy, selagi ramai ahli keluarga korang lah, kawan2 korang lah, siapa2 lah, slagi tuh korang nak tambat kan blog.
Bila orang nak datang ke blog korang, tersemput2 nak scroll sampai bawah blog korang disebabkan gambar2 yang bederet2 korang bubuh. Sebenarnya, tak perlu nak saratkan blog dengan gambar aje. Setakat gambar sendiri sudah. Kalau nak bubuh gak, tak salah tapi cuba try cari mana2 widget yang boleh buat gambar2 tuh sebagai slide show.
Baru lah lega hati pengunjung nak tengok & follow korang.
Nie kalau selagi kosong ruang blog korang, yang atas, tepi, sampai bawah semunya gambar geng2 korang. adoy!

YANG KETIGA !

♥Guna lah bahasa yang sesuai dibaca oleh semua orang. Jangan guna ayat pelik2 sebagai contoh ayat ni...

" Saia cyunk awok aww. Yom ollow blog titew aww. ayie2 blog titew post omey2 aww. t titew ollow awok alek. MuAhx!"

Grrr, nak termuntah baca macam tu! Korang ingat semua manusia nak baca ke post/entry yang macam tuh? buat termuntah & mimpi ngeri ada lar! Kalau boleh, guna yang semua orang boleh baca. Ayat skema pun tak jadi masalah. Sebab tuh boleh tarik minat orang nak follow blog korang okey?

YANG KEEMPAT !

♥Kita sebagai manusia ada adat. Jangan lah korang nak guna ayat2 lucah & kasar dalam blog korang. Nak maki2 orang pun berpada2lah. Blog kita ni satu dunia datang melawat, tak malu ke korang cakap benda2 tak sopan macam tuh?
Buat blog sebagai satu hiburan, bukan satu MAKI2AN, okey ?


YANG KELIMA !

♥ Kalau korang nak orang follow blog korang, jangan lah buang atau letak follow button macam tempat atau pergi buangkan! Kan dah susah orang nak cari2 dulu button follow blog korang, kena perhatikan betul2. Ada sesetengah blog najwa jumpa, paksa kita follow dia, tapi button follow entah letak kat mana.
Jangan nak menyusahkan pengunjung lain kali!
YANG KEENAM !

Lastly, korang gunalah background yang tak menyakitkan mata. Cari warna2 atau gambar2 yang cantik, kemas & enak dipandang. Ni pun faktor yang penting untuk orang follow blog korang. Bila tak sakit mata, comel & kemas je blog korang, pasti ada yang tertarik akan blog korang punye.

Tadaa, najwa dah bagi serba sikit tips kan ? So, ikut korang lar nak ikut tips ni atau tidak sebab ni cuma apa yang najwa kaji sepanjang setahun lebih najwa mengikuti bidang blog ni(ceh! podah!) hehe..

Korang nak tak cara orang senang nak follow back korang ?
Baca ni okey ?

Semoga apa yang najwa kasik ni, korang renung2kan lah & jadikan blog korang yang paling cantik berbanding blog najwa ni okey ?

Kbyee. Salam sayang buat yang baca entry ni ♥ !

07 December 2011

Bila bahasa kita sekarang DISALAH ERTIKAN.. Jeng3 !


Yo! cik Melon nak cerita lagi.. Entry 2 untuk hari ni.. Selalu nya kalo najwa buat entry lagi, maksudnya, yes! najwa dah jumpa benda menarik yang berlaku..

Kalian mesti biasa kan guna bahasa kita sekarang kalau dekat mesej ke, post Facebook ke, kadang2 dari kata2 kan ? Ayat2 contoh macam skrang, titew, andy, maen, moley or something like that.

Tadaaaa, najwa jumpa satu ayat ni yang menyebabkan FACEBOOK dah salah paham.
Tau maksud korang kan atau singkatan dalam sms KORG ? Naaaaa, najwa terjumpa bendalah ni kat dalam facebook.

|
|
|
\/

Actually, kawan2 FB najwa nak maksudkan dalam status diaorang KORANG (kau orang) tapi disebabkan diaorang suka buat shortform & pergi tulis KORG, so FB tu secara automatik jadikan status tuh tulis tentang KORG . KORG tu sebenarnya nama produk alat muzik (sorry kalau salah).

So, senang cerita sama2 lah kita martabatkan bahasa kita dekat Facebook or mana2 laman sosial agar diaorang tak salah faham dengan bahasa kita...

kBubye!
P/s : - najwa pun kadang2 guna bahasa tu gak coz lagi cepat nak paham :P
- kawan2 yang punya status tu, maaf ye ! saja nak cari bahan :)

Sekiranya ada salah dan silap ! :)


/\
|
|
|

Hola! Sekali lagi cik Melon coret kisah. Urm, kenapa gambar atas ni?
Saja je nak tunjuk.. :P

"en DunguBoy: yup, 3 bulan kat PLKN memang akan berhabuk teruk blog den nih. :)"

Sebenarnya, najwa nak cite pasal laen. Sejak menjak najwa dah habis sekolah ni,
najwa dah rasa semakin jauh dari semua kawan2 najwa. Lagipun, kawan2 najwa kan majoritinya lower form. But, najwa tak pernah kisah pun pasal umur,
asalkan kita semua tetap sama darjat. Tak ada yang dilahirkan berbeza.

Back to the story, najwa rasa diaorang mungkin semakin sibuk, najwa pun sibuk dengan macam2 hal. So, bagi najwa, one day, diaorang tetap akan lupa najwa dalam hari2 diaorang.
But, tidak pada najwa sebab najwa tak pernah dapat kawan2 sebaik diaorang & najwa akan ingat diaorang sampai mati. Tu lar kawan dunia & akhirat najwa.

"Tak apa kawan, semua orang akan berubah perasaan & fikiran... saya takkan paksa kalian untuk mengingati saya selalu..."

So, sape yang mengenali najwa dalam hidup korang,
terutama family najwa, Hubby, Bestie Forever, kawan2, Adeq2 angkat...urmm..family angkat.. & sape2 je lar..
Najwa nak mohon beribu2 kemaafan kalau najwa ada buat silap pada korang ok?
Ye lar kan, ajal maut ditangan tuhan. Kita tak tahu apa nasib kita selepas2 ni. Apatah lagi sewaktu Najwa dekat PLKN nanti.

Bagi najwa, da tak de sape yang buat silap dalam hidup najwa dah
(tapi tetap ada 2 manusia yang najwa takkan maafkan dia sampai mati . fullstop!)

Najwa nak berhenti sampai sini dulu ye. Kbooiiiii ! :D

06 December 2011

PLKN ku terletak di PORT DICKSON ?!


Yo! Miss Watermelon coret kisah lagi! hihi.. Haish, sekarang baru pukul 12.14 pagi.
dan, najwa masih belum boleh nak tido! hurm..Benci nya..

Najwa memang penat tapi mata lansung tak mengantuk. Dah cuba2, tetap tak boleh. Huhu.
Sadis betul lorh.

Ha... Najwa nak cerita kat kalian yang najwa dah pun dapat tempat PLKN najwa yang nak berlansung 2hb Januari 2012.


Jeng, jeng! Nie serba sikit slip najwa punya PLKN! Sorry, IC cek tak boley tunjuk naaa...
ngee~

hurm, actually najwa belum ready nak pergi tapi bedebar menanti apa yang bakal berlaku kat sana nanti! Wahaha, mudah-mudahan segala2nya yang baik berlaku.
Yang buruk? Amit2 dijauhkan!

By the way, najwa konfem rindu sama semua.. Family najwa, My Hubby Mirul, kawan2
and awak! hehe.

Yeah, najwa dah start mengantuk nih. Najwa masuk tidur dulu ya, nak mimpikan si buah hati Najwa tuh! ngee~ Rindu gile lorh kat dia! (tak sabar nak tunggu pegi date! weeeee~)

Kbyee Sweet Readers!

05 December 2011

Blog baru lagi ! ngee~


Haish, dah nak dekat tahun baru ni, so blog pun kena la baru maaaa.. huihui..
Penat lorh nak menyiapkannya. Walaupun ada tersilap sikit yang menyebabkan nampak kecacatan kat blog najwa ni tapi takpe, ada yang lagi banyak buat najwa berpuas hati!

Kenapa tema kali nie WATERMELON ? hurmmm...
Sebabnya.. entahlah.. najwa pun tak tau nak cakap apa sebabnya tiba2 aje tebenak kat dalam otak nie nak buat WATERMELON..

Mungkin tuh satu2nya buah kesukaan najwa kot, sebab tu ia jadi tema blog najwa.
Najwa suka sangat dengan tembikai coz ia manis n sedap! kalau najwa pegi mane restoran,
konfem najwa akan order jus Tembikai. ngee~

klar, najwa nak rest dulu. Saket kepala ni nak mengadap komputer seharian. huhu.

Kbyeee.!

Copyright© All Right Reserved Zetty Najwa Rosni