31 December 2012

Coretan Melon 2012


Dah 3 bulan melon tak updte blog ni. I'm so sorry because melon sangat2 busy sepanjang 3 bulan sampai tak sempat nak update.
*fuhhh, buang habuk* 

Sape sangka, 2012 dah sampai penghujungnya. Hari ni 31 Disember 2012, and hari ni melon nak ceritakan serba sikit kisah sepanjang hidup melon di tahun 2012 ni.

1hb Januari 2012 
hari ni bermula perjalanan aku kat PLKN. Ye ye jujur memang aku tak nak pegi PLKN tu coz tak pernah lagi kot jauh ngan family. Tapi tak ape. Ape guna hidup kalau tak ada pengalaman dan kenangan ? So, aku kuat hati & fizikal tuk pegi jugak. Seminggu kat sane, jujur lah, rasa NAK BALIK !! But, alhamdulillah kat sane, I got many experience with the AWESOME sibling ! hehe. Kat sane aku kenal dengan Mia, Syakirah, Siti, Faizah & Liyana. Seriously, mereka memang awesome ! :) Lagi2 jurulatih kat sane. Baik sangat2. Dan, walaupun banyak konflik & masalah sepanjang kat sane, tapi kenangan manis tu memang masih aku ingat sampai sekarang. Ya Allah , kalau lah dapat putarkan waktu ni, aku nak pegi lagi plkn tu. Dan, pada semua bekas plkn situ, korang pown AWESOME ! heeee.

21hb Mac 2012
Ahhh, balik dari plkn terus kene pegi amek result SPM. huhhhh , menggelabah giler! Dan, result.... biarlah rahsia! heee. 

1hb Jun 2012 
kakak2 abang2, makcik2 pakcik2 , aku dah sambung belajar lagi ! wuhuu ! aku berjuang kat Kolej Teknologi Timur, Sepang. Hahaha. 20 minit dari rumah nilai je kot. haha. Tapi tak ape, janji niat nak belajar and nak dapatkan DIPLOMA. Kalau ada rezeki, aku nak dapat kan dekan. Insya-Allah. Aku sambung belajar kos ART & DESIGN: GRAPHIC AND DIGITAL MEDIA under UiTM. So, satu lagi impian aku nak jadi student UiTM & bakal GRAPHIC DESIGNER dah jadi kenyataan. Alhamdulillah. Impian yang aku tanamkan sejak kecil lagi.

Kat sni aku dapat banyak sangat pengalaman. Seminggu orientasi, memang best ! Kat sini aku mula kenal ngan seorang gadis yang comel, Fasyilin. Dia memang awesome! Dia gila2 cam aku. Aku selesa gile berkawan dengan dia coz dia boleh terima gurauan n suka duka aku. Sebab jarang lah nak jumpa kawan yang boleh terima seadanya diri kita ni. Then , 3 minggu belajar kat sana, aku jumpa lagi sahabat yang awesome, Nadia. Dia cantik and baik sangat2. Aku selesa gile kawan dengan 2 orang ni , memang awesome lahh! And 3 bulan kami bersama tiga orang, tiba ada 2 jejaka yang hensem lagi comel jadi sahabat aku, Ikram & Mus. 2 jejaka ni cepat touching and perangai pun gila2. hahaha. Btw, Ikram& Nadia telah pun berpacaran okey. Semoga diaorang akan bersama sampai jannah. amiiinnnn. 

16hb Ogos 2012
Ya Allah, hari ni hari yang paling sedih dan terluka dalam hidup aku. Satu2nya sahabat yang paling aku sayang, sahabat yang sangat2 memahami jiwa dan raga aku, pergi buat selama2nya. Muhammad Hafizul Asraf bin Mohd Nizam. Aku dah anggap dia sahabat sejati, soulmate and adik. Tapi, apakan daya ALLAH lebih sayangkan dia. Jujur, dia antara anugerah Allah yang paling terindah dalam hidup aku selepas parents n family aku. Sebab, dialah manusia yang sangat murah hati, baik dan tak pernah merungut. Hari ni, aku, aqilah, amy, ida & shaqila menangis tanpa henti. Sebulan permegiaan dia pun, masih lagi aku menangis. Aku rasa cam hilang segala2nya, aku dah tak semangat nak belajar and macam2 lagi. Sebulan aku meratapi permegiaan dia. Tapi, hari demi hari aku cuba untuk kuat sebab aku ingat pesanan tekahir dia sebelum dia pergi.
"Kau kene kuat, Ros. Aku tahu kau kuat. Aku sayangkan kau....."
Al-fatihah buat sahabatku yang tercinta...
16hb November 2012
Hari ni satu2nya atuk aku , pergi meninggalkan kami sekeluarga buat selamanya.Sedih sangat2 coz satu2 atuk yang aku ada, dah pergi buat selamanya. Namun, aku redha. Mungkin memang dah tiba waktunya dia pergi. Arwah merupakan ayahanda pada mama aku. Mama dan papa aku dah kehilangan ayahanda mereka. Semua ni buat aku tekad yang betapa pentingnya ibubapa dalam hidup aku. Hilang kekasih, boleh bertemu yang lain. Hilang sahabat, masih ada yang boleh jadi sahabat. Hilang ibubapa, sampai akhirat takkan ada penggantinya..... Al-fatihah buat atukku yang tercinta....

2hb Disember 2012
Alhamdulillah, aku dah jadi student tuk semester 2. Jadi senior sem 2 kot ! hihi. Sem 1 lalu aku dapat pointer 3.17 dan alhamdulillah tak ada subjek yang repeat. :) Dan, masuk sem 2 dan tahun baru ni aku dah target nak naikkan pointer dan nak tergolong dalam "DEAN LIST". Insya-Allah. Doakan aku okey. Semoga aku dapat habiskan diploma ni. Tak sabar nak jadi GRADUAN UiTM GRAFIK. AMINNN...

So, tu jelah serba serbi (lah sangat) kisah melon sepanjang 2012 ni. Dan, melon dah tekadkan azam tuk tahun 2013 ni. Azam ape tu biarlah rahsia. heee. Buat mereka yang dah bantu melon, yang dah happykan melon, "sakitkan hati" melon, thanks soo much coz hadir dalam hidup melon. Biarlah kenangan tu pahit mahupun manis, tapi korang tetap insan yang diciptakan tuhan tuk hadir dalam hidup melon. wahhh, dramatis gituh. ! heeee Semoga tahun baru ni, akan menjadi tahun yang terindah dan manis dalam hidup kita untuk selamanya. AMIN YA RABBI ALAMINN...

xoxo, Zetty Najwa Rosni. Assalamualaikum ^^

ps* berazam untuk ubah penampilan ke lebih muslimah ^^ doakan ye !

25 August 2012

Selamat tinggal kampung, welcome back KTT :)

Ohseman! sok pagi dah nak balik nilai semula. And, seminggu duduk ngan sanak sedara cukup buat melon kembali senyum. Lagi2, semua family ada. Sok melon akan kembali ke KKB UiTM melon balik. huhu.

Besok , semua nak balik. Tinggallah opah melon sorang2 lagi kat kampung. Sian opah melon. =(

tadi, melon take pic ngn family. time tu tengah tunggu bas along balik penang. Tunggu punya tunggu , last2 ajak family tangkap gmbr. Selesai je tangkap gambar, terus gi cuci. Tak dapat gambar raya pun tak apelah, janji ada gmabar family lagi !

Kbyeee, Assalamualaikum ^^

Seminggu berlalu


Akhirnya , seminggu dah berlalu. Cepatnya masa berputar dan pergi. Seminggu ni, seolah2 bernafas tanpa gembiranya. Memang melon sentiasa haappy, tapi cuba tuk happy kan balik hati yang masih terluka dengan permergian beliau.

Serius, rasa berbeza nya. Kalau dulu, tiap kali hari raya, mesej dan call beliau selalu je ada. Tapi kali ni, dah tak ada. Sepanjang waktu sentiasa teringat pada dia. Melon dah cuba tak nak pikir sebab melon nak dia tenang di"sana". Tapi , rindu melon ni terlalu banyak sampai masih tak boleh lupakan dia. Setiap kali ingat kan dia, melon akan berdoa tuk dia..
"Ya Allah, benarkanlah sahabat sejatiku ini tuk sentiasa disyurga-Mu. Jauhkan lah dia dari azabmu.."

"Pijo, aku janji dengan kau, aku akan sentisa jaga insan2 yang kau sayang. Aku cuba tepati janji2 kita selama ni... sebab kau sahabatku..."

lagi 2 hari melon nak balik ke nilai semula. Melon nak melawat "dia". Mungkin , tu satu cara tuk mengubat rindu ni. :)

Buat semua yang kenal melon a.k.a zetty najwa, melon nak mohon maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki atas segala salah dan silap melon. Apa yang keruh melon lakukan, tu kelemahan melon. Apa yang jernih melon berikan, itu dari Allah swt. Sungguh, melon tak berdendam ngan sape2 dah pun. Kalau ada yang berdendam pun, jujurlah okey :)

Assalamualaikum ya habibullah


Selamat hari raya Aidilfitri , Maaf zahir dan batin ! :)

17 August 2012

Selamat Tinggal Sahabat Sejatiku, Mohd Hafizul Asraf :'(


pijo : ...rose, kau balik bile ?
melon : aku balik hari khamis minggu depan. kenapa?
pijo : saje je tanya.
melon : jo, janji taw yang khamis or jumaat kte jumpe ek ? serius, aku rindu la kat kau.
pijo : insya-Allah. Kalo sempat jumpa, kite jumpa. Kalo tak sempat, tak ape lar....

Melon tak percaya tu rupa2nya kata2 terakhir arwahyarham Mohamad Hafizul Asraf, yang baru sahaja meninggalkan kami semua dan pulang kepada penciptanya pada jam 10.30 malam 16 ogos 2012. Arwah meninggal akibat excident selepas pulang dari tuisyen.

Sebak sangat apabila satu2nya sahabt sejati yang paling terbaik dalam hidup melon pergi tanpa sempat jumpa. Melon sedih sangat sebab melon dah kehilangan lagi orang yang tercinta. Melon berharap sangat yang khabar tentang beliau malam tadi tu cuma kahbar angin. Tapi apakan daya, memang Allah terlalu menyayangi beliau, dan dia pergi dari dunia ini selamanya.

Melon teringiang-ingang dengan semua yang arwah cakap masa seminggu sebelum arwah meninggal. Arwah nak melon masuk pertandingan mencipta video. Tapi waktu demi waktu, melon rasa tak sempat pula nak buat video tu. Ingatkan nak jumpa nanti , baru nak cakap kat arwah yang melon nak cancelkan. Tapi rupa2nya, tak sempat. Maafkan melon, pijo.

Melon simpan lagi mesej yang arwah reply... "welcome syg".. memang kenangan msj tuh. Ble tringat pasal mesej , melon teringat time bufday melon. Arwah berusaha sangat nak jadi irang yg first wish bufday melon.

pijo : rose.. nanti aku nak jadi orang yang first sekali wish bufday kau tau??
melon : iyelah kawanku. Aku tunggu taw. Kau tak buat, siapkau.!

betul2 tepat 12a.m , arwah lah orang yang first sekali wish kat melon. Bile melon call n cakap arwah berjaya , dye happy sangat2 time tuh. arwah ada cakap "Serius, aku happy giler dapat first wish bufday kau! hihi. Lepas nih, tak tau la aku dapat wish lagi ke tak." Terkilannya bila arwah cakap cam tuh. Arwah tu melon da anggap lebih dari kawan coz dialah soulmate, dialah adik kesayangan melon. Melon nak gi mana, mesti ajak dia. Sebab keluar dengan arwah best, dia pandai sangat buat lawak n tarik hati perempuan. Sebab tu, melon selesa sangat keluar n bersama dengan arwah.

Meskipun baru 4 tahun melon kenal arwah, tapi dah macam2 melon kenal baik buruk arwah. Arwah insan yang sangat baik. Susah nak nampak keburukan arwah. Arwah tak pernah berkira. Apa yang orang minta, tu la juga dia bagi. Melon ingat saat kite mula kenal. Dulu kita musuh kan? Tapi lame2 , melon try berbaek dengan arwah. Pastu , arwah selalu buat lawak kat melon. Melon jadi makin suka kawan dengan arwah. Dan, hari demi hari, kiteorang jadi rapat sgt2 n melon jadikan dia sahabat sejati melon. Dulu, setiap petang, arwah bawak melon pegi jalan2 kat taman awam nilai. Kadang2, macam2 tempat arwah bawak melon n kawan2 laen. Jadi, satu nilai ni dah penuh dengan kenangan manis n pahit melon dan hafizul asraf.......
Tak tahu mana lagi nak larai dari semua ni....

Siapa sangka. Setiap hari jumaat dye selalu baca yasin dengan aku, tapi kali ni aku baca yasin tuk dia.
siapa sangka. Satu2nya insan yang sentiasa tahu aku dalam masalah meskipun belum tahu, tapi akhirnya tiada lagi yang akan tahu dulu.
siapa sangka, insan yg selalu bagi aku semangat bila aku patah hati, tapi kali ni aku akan menanggung.
siapa sangka. sahabat paling sejati , satu2nya teman hatiku pergi selamanya...

Hanya dia satu2 nya sahabat terbaik dalam hidup aku. Perit sangat bila arwah meninggalkan aku. Sejuta satu kenangan buat aku sentisa teringat pada arwah. Dia seolah2 sentiasa ada bersama aku. Kadang2 rasa tak percaya yang dia pergi, tapi aku relakan pemergiaannya. Insan yang selalu buat aku ketawa , gembira. Namun kini, segalanya hilang.

Pijo, aku akan sentisa merindui saat2 kita bersama. biarlah selama nie, rahsia kita tetap selamanya. aku akan simpan sijil SAHABAT SELAMANYA yang kau buat tuk aku. Dunia n akhirat, aku cintakan kau. Al-fatihah buat sahabat yang tiada penggantinya.... semoga Mohd Hafizul Asraf bin Mohd Nizam akan dtempatkan dikalangan orang2 yang beriman... tunggu aku sahabat, kita akan bertemu lagi... :'(

05 August 2012

Hanya Assignment Cinta Ku Seorang .. mwehehe

Assignment ! Assignment ! Oh Kuih bengkang , banyak gile assignment melon kene buat ! Sampai dah tak tahu nak buat mana satu ni. Dah ada yang siap, tak pegi proceed lagi. Dah susah nak teruskan. Masalah, masalah ! http://www.emocutez.com

Bulan ramadhan ni, banyak betul dugaan melon kene. Lepas satu-satu. Tapi yang pastinya, semua berlaku pada hari khamis. Melon ta tau kenapa, padahal khamis is the one of my favorite day. Tapi, sebagai manusia biasa, melon redha & pasrah dengan apa saja yang berlaku. Mungkin ada hikmah disebalik semua nih. Lagi pun, kita patut kene bersyukur sebab kita mampu kuat & tabah meskipun berat dengan sesuatu ujian yang Allah berikan pada kita nih. http://www.emocutez.com

Macam ada something yang melon nak tapi lagi ? http://www.emocutez.comtapi dah lupa la plak.

okey , bye !




23 July 2012

Happy Birthday to me! XD


Happy birthday to you,
Happy birthday to you,
Happy birthday to you, zetty!
Happy birthday to you !

mwahaha~ gile nyanyi lagu hari jadi sorang2.! Semalam , 22 Julai 2012, secara rasminya melon dah masuk ke umur baru , tahun yang ke 18 melon hidup di bumi yang tercipta indah ni!
(menggila sorang2 jap...) http://www.emocutez.com

Seramai 313 orang wish kat fb melon semalam. Rekod baru tuk tahun nie maaa~ Bagi ade yang janji2 pasal hadiah tu, melon gurau2 aje okey. Bagi melon , dengan ucapan korang aje dah cukup buat melon happy sangat2. Thanks so much bagi semua yang dah wish.! http://www.emocutez.commuuahh!
ehhh, tak lupa juga okey insan2 yang terdekat melon wish jugak. Parents, family, bff melon, kawn2 kolej , kawan2 sekolah, kwn2 plkn & warga TK20 ! SYG KORANG GILER2 !! XD http://www.emocutez.com


Tadaaa! semalam jugak bff melon, Izela buat post pasal melon! mwahaha~ sayang awak sangat2. terharu kite bace ! http://www.emocutez.comthanks syg !


hari nie hari ketiga berpuasa & first day pegi kuliah dalam bulan puasa. Pelik lorh bile bangun sahur tadi dah tak sahur ngan family. Kalau dulu, mama yang selalu bangunkan melon tuk sahur. Tapi tadi, melon pulak yang kejut warga2 tk20 bangun sahur. http://www.emocutez.comerrr......mama cakap "nama pun dunia baru, so, berpuasa tahun ni pun dah cara baru." Erk.. sabar je lar. Janji melon puasa! hihi.

okeyla , melon nak siap2 tuk ke kuliah ni! Kelas drawing. Macam nak sambung tidur balik pun ada nih.... mwahahaha ! mengantuk nye.! http://www.emocutez.com

Okeylar , bubye honey2 ku! Assalamualaikum..http://www.emocutez.com

01 June 2012

Dunia kolej pula !



Hai korang. Berhabuk giler blog gue nih! Sebulan lebih tak menjenguk. mwehehe. Sorry yea, melon sebenarnya kerja setiap hari. So, sampai tak sempat nak posting blog. Semalam, 31 mei, hari akhir melon bekerja kat kedai topup maxis. Memang best pengalaman bekerja nih. Bukan semuanya indah, pasti ada pahitnya juga bukan ? ngee~ oklah, done. Melon ade cite best! Hari ahad ni, melon dah nak masuk sambung belajar balek! yeaaa~ Bukan form 6, ipta or poli. But, kolej je. Tu pown kos uitm (kolej bersekutu). yang lagi best nye....

jurusan DIPLOMA SENIREKA GRAFIK & MEDIA DIGITAL beb!
yeaaaa ! :D

dari dulu lagi melon impi2kan. Biarlah bukan the real kat UiTM, janji melon blajar. :) Melon nak tebus balik ape yang melon buat. Melon nak blajar bersungguh-sungguh kali ni memandangkan ni kos yang melon idam2kan dari tahun 2008. Insya-Allah. Doa2kan melon yea ? Oh, lupa nak bagi tahu kat mane. Tempat nye dekat.....

kat sini. Thanks Puan Azma coz tolong melon. :)

Tapi, yang benar2 melon berterima kasih pada Mama n Papa melon. Tanpa persetujuan dan sokongan dari mereka, melon tak dapat capai cita-cita melon. Betapa besarnya budi n 'harga' mama n papa pada melon. Melon bersyukur pada Allah s.w.t. sebab memberikan ibu bapa yang begitu sayangkan melon. Melon tak boleh hidup tanpa Mama n Papa melon. sayang mama n papa sampai ke syurga.....

Okeylah, doakan kejayaan melon okey ? kalo tak ade pape problem, melon akan posting lagi. Take care korang semua.!

Assalamualaikum...~

17 April 2012

Perubahan blog yang kali keberapa tah !


Happy bufday my sweet heart. My only one sister! Elissa Natalia Rosni!
Bufday dye yang ke-12. Yea, dye dah makin tua.! mwehehe. rasa macam baru je lagi buat post pasal bufday dye last year. haiyoo..
Okey done story sampai situ. Sekarang nak cite pasal blog baru. Setelah banyak kali asyik masalah, melon buang semua balik. dan..... wallla! perubahannya yang ini lah! Blog buruk gile nih! mwehehe. :P haish. penat nye.
Besok melon mula berkerja di tempat baru lorh. Mudah-mudahan melon dapat bertahan tuk kerja kat sana nanti. Insya-Allah. :)
korang suka tak ngan belog baru melon nih?
suka? okey thanks! tak suka? pown thanks! hehe

Byee.... Assalamualaikum!

07 April 2012

Semuanya kisah PLKN ! :)


Haaa, seperti yang dijanjikan, Melon nak kongsi kan serba sikit kisah Melon sewaktu PLKN dulu..


Nie gambar wirawati CHARLIE ! warna tema Charlie kuning okey. Sepatutnya ww (wirawati) Charlie memang ramai. Tapi lepas dah tolak2 yang ade kene penangguhan & pengecualian, tinggallah 33 orang aje. Dyeorang nih semua nye best giler, sporting & baik. Seriusly, dekat luar korang mesti susah nak bercampur dengan laen2 kaum, bukan? Kat sini kteorg mmg amalkan 1 Malaysia. Sayang WW CHARLIE!


Time pakai baju CELORENG. Minggu ni kteorg bertugas time hari keluarga (ahad)


Nie antara WW charlie =)


yang ni pula? Ni lah "Keluarga" CHARLIE a.k.a GARUDA !
semua nye ade 76 orang. huhu. Sporting kan kteorg?
(Dah cam promoter digi pulak. hihi ^^)


Yang ni pula, AzFa SyaNaZ ! Kakak2 & adek2 Melon time kat sne. :) Jom Melon kenalkan sorang2.


Yang ni kak long. Nama dia mya a.k.a Myo-ok. Dia memang "kakak" yang gile2 ar perangai dia. Melon memang manja dengan dia. kadang2 tu ada gak kene "sound" dengan dia. hehe. Kak long gak comel tau. Dia gak ketua ww charlie okey! :)
tapi dia memang baek. LOVE U KAK MIA ! (padahal sebaya nie :P)


yang ni pula Angah ! Syakirah a.k.a syaq :) dye memang budak yang cakap direct je, ta cover okey. Tapi Melon tetap suka ngan sikap dye sebab dye jujur! :) Dia ni pun selalu marah Melon bila Melon ta nak makan. "Kau tak makan, aku lempang kau" wah, ayat paling drastik!
Papew pown, dye baek hati. The first girl roomate yg Melon kenal & tegur!
Love you Angah!


My third sis , Alang. Ct Nadz a.k.a Siti! Kakak melon yang ni pown baek sangat & kelakar giler.
Dia pandai buat macam2 reaksi yang kelakar & cumel! :) Dia nie cepat segan & malu2, tapi kalo dah kluar giler2 dia, mesti ta caya die tu siti! haha XD
sayang Alang sgt2 ! :D


ni my "second" adek, achik. Liyana a.k.a Yana. Melon jarang cakap sikit dengan dia. But, before kiteorang "jadi" adiqbradiq, Melon orang first tegur dye. And, dye dengan Melon lah yang selalu kene 'kacau' dengan ada sorang jurulatih statistik (tapi dah bersara bulan Feb yang lalu). Achik memang adik yang baik & manja. Dia paling rapat dengan Along & Acu ! ngee~ :D
love u achik !

Ni adeq Melon yang last skali! Acu a.k.a Faizah. Tapi sikap dia cam kakak Melon aje. ==" Lagi matang dari Melon. huhu ^^ Time paling best, bile ade satu wktu Melon dengan dye cuci baju, kiteorg cerita pasal orang kita paling benci waktu zaman sekolah. Haha XD
By the way, i love u, Acu !


Oh ye! Yang ni adeq aku before Achik, Ateh a.k.a Iera. Dia dah kat plkn lebih sebulan tapi malangnya dia kena penangguhan disebabkan ada masalah kesihatan.
I'll be gonna miss u, Ateh !


Nie gambar-gambar semasa kat kem. :)


Budak sekolah Melon a.k.a 'scandal' saje2 time skola dulu, Kavimaran!
hahaha. Kebetulan lorh ! XD


nie "Teman Sejati" Melon. Daaaa, ta boleh cite maa pasal dia. Biarlah rahsia Melon !
huhu┒(⌣˛⌣)┎

Okey, done it! Semua serba serbi je Melon nak cite time Melon sebagai WIRAWATI PLKN.!
Sebenarnya, banyak lagi gambar lawa2 & gila kami semua time kat sana. Tapi kang korang menguap nak baca satu2. hihi

Hope u all like it! By the way, please, korang jangan pernah percaya cerita2 negatif pasal PLKN okey! Mengarut je semua tuh! PLKN banyak bantu kita untuk ubah diri kita sendiri. So, jangan nak memandai2 buat persepsi buruk sendiri, okey!

Belum pergi, jangan mengata. Kalau pergi, batu korang rasa tak nak balik dah!
Percayalah...

k boiiii ! Assalamualaikum warahmatullah. :)

06 April 2012

Rahsia Tarikh Lahir


*Gambar nie comel giler! =D*

Tadi Melon baru menilai no kelahiran melon daripada hasil kajian Dr. Fadzilah Kamsah.
So, ini jawapan dia

Nombor Tarikh Lahir: 7
Kekuatan:
Sangat berkemahiran dan sangat teliti apabila menguruskan sesuatu perkara. Individu ini tidak akan lupa pada sesiapa yang pernah menolongnya. Tersangat menghargai kesyukuran dan berterima kasih. Individu ini penuh dengan ghairah dan cinta. Seorang pemikir dan sukakan kedamaian dan ketenangan. Berkebolehan dalam memutarbelit kata-katanya. Menarik perhatian ramai orang. Suka mengejarkan kemasyhuran dan tuah.

Kelemahan:
Suka berlawan cakap. Mempunyai pemikiran yang suka berubah-ubah. Mudah menukar keputusan. Bukan seorang yang tegas. Sangat suka “berahsia” yang tidak membantu imej anda secara luaran. Orang menganggap anda adalah seorang yang tidak mempunyai perasaan (cold) dan ini menyebabkan anda tidak mudah untuk menjalinkan perhubungan ataupun persahabatan. Anda boleh bertindak kejam jika berada dalam mood yang salah.

Perkara yang harus dipelajari:
1) Belajar untuk menerima kenyataan dunia sebenar.
2) Jangan hidup dalam dunia sendiri, bercampur dengan dunia luar

hmm, sememangnya hampir 90% betul apa yang diramalkan. Tapi ni cme sebuah artikel, so Melon anggap hanya hiburan semata2. ;)

korang nak cuba? klik sini ♛ Melon's Pink Crown ♛

okey, Assalamualaikum !

"Mencintai Allah lebih indah dari segala-galanya...."

Kasih Kekasih =)

hmm, sejak menjak ni melon dah minat satu lagu nasyid nih
KASIH KEKASIH
Pasal ape? adalah.. huhu. Lagu ni selalu Melon dengar coz Melon nak alam percintaan Melon jadidalam seni kata lirik nih. ;)

Tak Perlu Aku Ragui
Sucinya Cinta Yang Kau Beri
Kita Saling Kasih Mengasihi
Dengan Setulus Hati

Ayah Ibu Merestui
Menyarung Cincin Di Jari
Dengan Rahmat Dari Ilahi
Cinta Kita Pun Bersemi

Sebelum Diijabkabulkan
Syariat Tetap Membataskan
Pelajari Ilmu Rumahtangga
Agar Kita Lebih Bersedia
Menuju Hari Yang Bahgia

Kau Tahu Ku Merinduimu
Ku Tahu Kau Menyintaiku...Oh...Kasih
Bersabarlah Sayang
Saat Indah Kan Menjelma Jua
Kita Akan Disatukan
Dengan Ikatan Pernikahan...Oh..Kasih

Di Sana Kita Bina
Tugu Cinta Mahligai Bahagia
Semoga Cinta Kita
Di Dalam Redha Ilahi
Berdoalah Selalu
Moga Jodoh Berpanjangan
Agak2 korang pahamkan maksudnya ? Itu yang Melon inginkan. hihi
Kbooiii. Assalamualaikum ! :D

*terlalu merinduinya.. huhu

01 April 2012

Hari ni dah April. So ?


heihuihoihai ! hmm, ari ni dah masuk bulan 4. Rasa Macam baru lagi masuk tahun baru.
Tup tap, tup tap, dah nak setengah tahun.
Mana tak nye, duduk kat PLKN 3 bulan tu bukan nye tengok tarikh pown. huhu
http://www.emocutez.com
okey laen story. Besok first day, Melon da start keje. Oh No !
Takuutt nye ! [tangan ke bahu, mata ke atas] =P
keje kat mana? dekat Celcom center dekat *tuuuut*. Biar lah dirahsiakan kat mana okey?
huhu. Keje ni pun Lovely Ex Sensei (bkas cikgu skola yang paling sayang) tolong carikan tau. Melon tengok2, dah dapat keje. Terkejut melon!
Btw, Thanks so much cikgu ! Sayang cikgu sangat2!
http://www.emocutez.com

k lar, cite Melon ari nih pendek je. Dah tak tau nak cite ape. huhu.
K booiii, take care u all!
Assalamualaikum http://www.emocutez.com


31 March 2012

♛ Melon's Pink Crown ♛


Wellow wellow! Melon dah tukar wajah lagi.
Bukan rupa melon lar, tapi blog melon nih ! Kalau rupa tuh, sememangnya dah berubah ke gelap je lorh! ayoo..


hurm, moga kali nih blog ta de mslah lagi dah. huhu.
Btw, if korang ade pape nak tny or nak melon follow blog korang, please tinggalkan link korang kat cbox Melon okey ? thanks ! =D

kBoiiiii ! Assalamualaikum! Love You ! =)


27 March 2012

Setelah PLKN Berakhir...


Wellow wellow si riang ria Melon semua!
hurm, dah seminggu lebih PLKN Kumpulan 1 Siri9/2012 berakhir! hurm.. serius Melon rindukan segala-galanya. Kem, Cikgu2, dorm, My Bed!...
Lebih2 lagi Adik-beradikku, sahabat dan dia! Kenangan2! argh, ta tahan rindu ni
bile mengingat balik segala-galanya! huhu.

Segalanya kat sne smuanya indah dan seronok meskipun banyak jugak pahit yang ditelan. Tapi Melon aggap yang buruk tu dugaan buat Melon sepanjang Melon kat sana.
Normal lah, hidup di tempat yang berbeza dengan diri asal kita mesti cam kaku & pelik.
Tapi, suasana tu lah yang mengubah Melon lebih ke jalan ALLAH.

Melon ada ramai kawan yang bantu Melon tuk berubah. Terima kasih sangat pada diaorang semua, terutama kepada satu2 nya tuhanku, Allah s.w.t dan kekasihnya Nabi Muhammad s.a.w.

Serius, korang jangan pernah anggap banyak benda negati pasal PLKN ! Tu cite bohong semata-mata! segala negatif yang korang dengar tu tak pernah wujud.
Korang takkan rasa semua tu bile korang dah berda kat sana. Yang ada, segala-gala apa yang korang tak pernah buat atau teringin nak buat, akan korang dapat kat sana.
Banyak impian Melon yang dah tercapai sepanjang Melon kat sana! Seronok sanfgat bila ia dah termakbul! hihi :)

okeylah, I need to sleep now coz Melon ada interview part time job sok! wahaha, mendebarkan plak. hihi.
See you later, my reader ! Love You !
kbooiiiiiiiiiiiii ! Assalamualaikum !

22 January 2012

Cuti Seminggu !


Hai semua! Cik Melon taip kisah melon lagi deh.
Belum 3 bulan Melon dah taip muka blog? Daaa, melon belum habis PLKN lagi la.
Ni cuti raya cina. Melon dapat cuti seminggu aje.
Yeeppiiiii !

Korang, Melon nak bagi tahu. Rugi lorh, sape yang tak dapat PLKN one day nanti !
Serius, PLKN is the best ever camp yang pernah Melon pegi!
Baru masuk 3 minggu, tapi rasa dah macam sebulan lebih kat sana.
Macam2 faedah n aktiviti Melon dapat kat sana.
Melon dah dapat belajar tetang diri Melon sendiri. Melon dah dapat nak belajar hadapi semua dugaan dan cabaran.
Yang paling penting, Melon ade orang2 baru yang menerima Melon sepanjang Melon kat sane.

To kak long, kak ngah, kak lang, acik, ateh, & acu, I MISS U SO MUCH ! :)

Kat sane, Melon kumpulan Charlie. Sape2 yang pernah pergi PLKN, mesti faham ape yang Melon rasakan.
Ok lah, Melon nak masuk tidur dulu. Nak bayar "hutang" tidur. cheng~

Bubye you all ! Gonna miss u soo much ! :D

Copyright© All Right Reserved Zetty Najwa Rosni