09 December 2011

TIPS : nak tarik perhatian blogger untuk follow blog kita


ding-dong ! ayoyo, semalam najwa tak sempat nak posting apa-apa pun sebabnya line internet tak ada pastu najwa ada masalah peribadi sikit.

Hari ni najwa nak bagi serba sikit tips nak tarik minat blogger lain untuk follow blog kita. Sebenarnya tak susah pun & tips yang najwa kasik ni daripada apa yang najwa kaji sendiri okey? Najwa tak ada nak kredit2 kan sape2 pun.

Yang Pertama !

♥ Perlukah korang nak saratkan blog korang dengan macam2 widget ?
Adoy, tak perlulah dear. Setakat 1-3 widget yang nampak cantik sudah. Jangan bubuh widget macam salji 5-10 warna sekali gus. Ni kalau selagi nampak widget yang korang suka, selagi tuh korang saratkan kat blog.
Lebih elok kurangkan widget. Itu dapat bantu kita nak tarik minat follower & kurangkan lagi berat blog kita.
Kan cantik & kemas kalau kita guna yang simple pada blog kita ?

YANG KEDUA !

♥Haaa, ni yang paling najwa tak berminat bila blog korang sarat bubuh macam2 gambar!
Adoy, selagi ramai ahli keluarga korang lah, kawan2 korang lah, siapa2 lah, slagi tuh korang nak tambat kan blog.
Bila orang nak datang ke blog korang, tersemput2 nak scroll sampai bawah blog korang disebabkan gambar2 yang bederet2 korang bubuh. Sebenarnya, tak perlu nak saratkan blog dengan gambar aje. Setakat gambar sendiri sudah. Kalau nak bubuh gak, tak salah tapi cuba try cari mana2 widget yang boleh buat gambar2 tuh sebagai slide show.
Baru lah lega hati pengunjung nak tengok & follow korang.
Nie kalau selagi kosong ruang blog korang, yang atas, tepi, sampai bawah semunya gambar geng2 korang. adoy!

YANG KETIGA !

♥Guna lah bahasa yang sesuai dibaca oleh semua orang. Jangan guna ayat pelik2 sebagai contoh ayat ni...

" Saia cyunk awok aww. Yom ollow blog titew aww. ayie2 blog titew post omey2 aww. t titew ollow awok alek. MuAhx!"

Grrr, nak termuntah baca macam tu! Korang ingat semua manusia nak baca ke post/entry yang macam tuh? buat termuntah & mimpi ngeri ada lar! Kalau boleh, guna yang semua orang boleh baca. Ayat skema pun tak jadi masalah. Sebab tuh boleh tarik minat orang nak follow blog korang okey?

YANG KEEMPAT !

♥Kita sebagai manusia ada adat. Jangan lah korang nak guna ayat2 lucah & kasar dalam blog korang. Nak maki2 orang pun berpada2lah. Blog kita ni satu dunia datang melawat, tak malu ke korang cakap benda2 tak sopan macam tuh?
Buat blog sebagai satu hiburan, bukan satu MAKI2AN, okey ?


YANG KELIMA !

♥ Kalau korang nak orang follow blog korang, jangan lah buang atau letak follow button macam tempat atau pergi buangkan! Kan dah susah orang nak cari2 dulu button follow blog korang, kena perhatikan betul2. Ada sesetengah blog najwa jumpa, paksa kita follow dia, tapi button follow entah letak kat mana.
Jangan nak menyusahkan pengunjung lain kali!
YANG KEENAM !

Lastly, korang gunalah background yang tak menyakitkan mata. Cari warna2 atau gambar2 yang cantik, kemas & enak dipandang. Ni pun faktor yang penting untuk orang follow blog korang. Bila tak sakit mata, comel & kemas je blog korang, pasti ada yang tertarik akan blog korang punye.

Tadaa, najwa dah bagi serba sikit tips kan ? So, ikut korang lar nak ikut tips ni atau tidak sebab ni cuma apa yang najwa kaji sepanjang setahun lebih najwa mengikuti bidang blog ni(ceh! podah!) hehe..

Korang nak tak cara orang senang nak follow back korang ?
Baca ni okey ?

Semoga apa yang najwa kasik ni, korang renung2kan lah & jadikan blog korang yang paling cantik berbanding blog najwa ni okey ?

Kbyee. Salam sayang buat yang baca entry ni ♥ !

2 comments:

  1. hehhehheh...ikot citarasa org tu jugak dik...nak wat camne...huhu

    ReplyDelete
  2. @CintaZulaikha hehehe , that's why sy just bg pndpt. kalo rse ape sy ckp btol , ikot je tips ni :)

    ReplyDelete

Copyright© All Right Reserved Zetty Najwa Rosni