17 May 2014

monolog

Monolog

Hari ni tibe2 melon rasa nak bermonolog seketika. Okay. Terpulak pada hak masing2 sama ada nak teruskan membaca….
Tentang aku..





“Aku nak bermonolog. Cerita pasal siapa? Aku? Mungkin.  Hari2 aku meniti hari yang bosan. Kadang2 gembira. Tapi aku ikut je arus kehidupan ni selagi masih bernyawa. Tak tahu lah sama ada perasaan apa yang datang hari demi hari.

Ayat aku agak aneh. Mungkin inilah monolog.

Kadang2 aku cuba mencari apa yang aku nak sebenarnya. Hari2 pelbagai perkara yang aku pendamkan. Teringin nak luah tapi aku tiada tempat meluah yang setia. Bukan tak ada langsung, tapi kadang aku lebih suka memendam sendiri lalu buat hati sendiri sakit

Aku bencikan dunia yang sekarang. Kejam. Kejam  sangat. Walaupun ada kalanya bahgia yang sementara. Kerana apa aku kata kejam? Sebab dunia sekarang tiada hak tuk berkata-kata! Betul tak? Kalau kita cakap pun salah, tak cakap pun salah. Meluah salah, tak meluah rasa sakit. Kejam bukan? Tiada yang nak memberi kita ruang tuk meluah.  Kenapa sekarang ramai orang gila dari orang waras? 

Sebab yang gila tu banyak sangat memendam dan suka meluah perasaan sendiri, terus dicop gila. Kejam bukan? Bagi aku meluah tuk bukan sahaja dari berkata2, tapi dari menulis mahupun pelbagai cara lagi. Tapi yang jadi persoalannya, kenapa setiap kali aku meluah, menjadi mulut2 orang lain buat cerita. Nah. 

Salahkah? 

Okay macam ni. Aku adalah manusia yang suka meluah dari segi menulis dari berkata. Jika aku meluah melalui berkata2, sama juga dengan macam yang aku tulis tu. Tak ada beza pun. Mahu cakap ape yang aku taip tu kata2 pedas? Kata2 kurang enak? Sama je kalau aku bercakap pun. Lagi sakit mendengar dari membaca bukan? Kira okay la tu sebab aku jenis suka berayat tapis dan tersirat. Kalau aku berkata2, tak de tersirat atau bertapis langsung tau. Lagi pedas bergunung2.

Jadi, selepas ni, terima lah aku orang jenis suka meluah melalui berkata. Jangan halang jika kau bukan manusia yang kejam.

Siapa kata cinta itu menyenangkan? bagiku cinta itu menyakitkan. Tipulah aku tak ingin kan kebahagiaan.  Aku terlalu inginkannya. Tapi aku takut. Takut pisang berbuah dua kali.  Sakit… sakit sangat bila cinta kita percaya lalu dikhianati. Hrmmm.. aku jujur yang aku ni bila dah dapat cinta, bukan tak hargai, Cuma aku tak nak terlalu excited. Bercinta bagai nak mati. Aku tak nak sakitkan hati ibu bapaku, aku tak nak diasingkan oleh kawan2. Sebab itu lah aku sama rata smua perkara dalam hidup aku. Sebab tu aku tak suka bekepit dgn pasangan 24 jam kerana suatu hari nanti bila kita dah kahwin ngan dia, dia jugak yang kita berkepit 24 jam. Lagi2 perempuan. Semua kene ikut telunjuk suami. Bila waktu nya tuk diri kita sendiri? So, selagi kita belum kahwin, ni lah masanya!

Bayangkan, hari ini kita terlalu fokus dengan kekasih kita, kawan kita tinggalkan kat belakang. Kemudian suatu hari nanti, kekasih kita tu tinggalkan kita, keluarga kita hilang tak ada disisi kita. Yang ada waktu tu cuma manusia yang pernah kita anggap kawan dahulu. Nak luah perasaan kat mereka, mereka pun dah terasa hati ngan kita. Tak nak anggap kita kawan sebab dah kita dah buang mereka suatu hari dahulu semata2 kerana kekasih. Pastu mula lah nak terasa lah, mengata itu ini. Bodoh. Kau yang tak fikir perasaan orang lain dulu tu kenapa. Sebab itulah dalam adat bercinta, jangan terlalu lebih selagi belum diijab kabulkan.

BERCINTA TIDAK SEMESTINYA BERSAMA…. DAN BERSAMA TIDAK SEMESTINYA HARUS BERCINTA...

Alhamdulillah. Buat masa ni, aku tak jumpa lagi orang yang sebegini. Semua adil. Tapi kalau ada yang terasa, mohon maaf lah. Aku hanya menegur.. 

hrmm. Tak dinafikan lah, hatiku masih lagi mengenangkan yang lama. Adakala aku suka sangat baca mesej2, imbau kenangan dahulu. Indah.. tapi bila teringat kenangan yang menyakitkan, terasa pedih dihati ni. Ada kalanya, aku masih stalker dia yang pernah aku cinta. Tapi, nama pun tak ada jodoh.  Lagi pun, dia pun dah berpunya, buat apa harus dikenangkan. Aku pernah cuba nak buka hati tuk orang lain, tapi takut takut dan takut. Aku jadi gerun bila tengok laki. Tapi, pada saat aku sendiri macam sekarang, aku dambakan kasih sayang seorang laki, perhatian dari seorang laki, cinta yang tulus dari seorang laki.. tetapi.... Risau kalau perkara lama berulang kembali. Kalau diberi kesempatan, aku nak terus capai impian aku. Kahwin muda. Tu pun kalau ada jodoh lah. Kalau tak ada pun tak apa. Masing2 punya rezeki la kan. Tapi yang penting aku kene capai matlamat aku dahulu.

Habis kan diploma…

Sambung degree

Kerja….

Impian salah satu tercapai…

Baru nak fikir segala2nya tentang masa depan. Tapi aku nak cuba jugak cari jodoh yang tak sebaya dengan ku. Cari yang lagi tua, maybe. Tapi tak kisah pun sapa dia, umur dia, latar belakang dia. Janji dia cintakan Allah. Sayangkan ibu bapaku seperti keluarga kandungnya sendiri. Ikhlas mencintai aku dan setia tuk bersama dengan aku sampai akhir hayat dia. In sha Allah..

Mungkin ini sahaja kisah aku monolog untuk post kali ini. Panjang umur, mungkin aku akan kembali di posting yang lain. 
Yang buruk tu datang dari kesilapanku, Yang baik itu kurnian dari Allah swt.

Terima kasih kerana meluangkan masa tuk baca, mohon maaf dipinta andai terasa..

Assalamualaikum...”


5 comments:

  1. ye ...saya faham isi hati awak dan saya pernah dikecewakan oleh lelaki juga. begini la zetty, serahkan semuanya pada Allah. letakkan hati itu pada Allah. mengadulah kat Dia. InsyaAllah, bila awak buat camtu awak akan rasa tenang walaupun masalah belum selesai. sebab Allah lah sumber ketenangan. berkaitan jodoh, mungkin bukan sekarang untuk difikirkan secara mendalam. maksud saya, yg bab mencari tuh. jika kita nakkan jodoh yg baik, harus jadi baik dlu. harus menjadi dulu. so 'menjadi' sebelum 'mencari' . baiki diri awak, akhlak awak, tambahkan ilmu. InsyaAllah, Allah akan mudahkan urusan awak. jodoh itu diberi bukan ketika kita nak tetapi ketika kita perlu :) wallahu'alam :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih atas komen awak. In Sha Allah, sy sentiasa menjadikan Allah itu sumber ketenangan sy. sy pun masih belum nak fikir lebih dari tahap umur sy sekarang. kalau berkawan ngan sapa2 pun, satu benda yg saya fikir, "ada jodoh ade, tiada jodoh semuanya terletak pada yg Maha Esa. terima kasih sekali lagi. dan in sha allah sy akan cuba perbaiki segala kelemahan sy dri segi sifat dan akhlak. :)

      Delete
  2. hehe..

    kalo bc blog ni mcm bc blog org lemah smangat.
    apa la sgt dugaan yg awk hadapi tu bbanding ngn owang lain.
    ada yg lg teruk dri awk ni tp tetap menten bsyukur pd Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy ta bermaksud nak sama kan dugaan yg sy hadapi dengan orang lain. cuma kat dlm post no (bukan blog ni okay) sy cuma nyatakan ape saya rasa and sy tak ada rasa lemah atas apa saya hadapi. malah saya lagi kuat setiap apa yg mendatang kat saya. sebab apa? sebab saya tahu ALLAH sentiasa di sisi saya dan sata sentiasa menten syukur pada Allah sebb setiap apa yg Allah berikan pada saya bermakna Allah sayangkan saya and saya berkesempatan memanjat kan kesyukuran kepada-Nya. Yg pastinya saya pernah hadapi lebih dari sy hadapi dalam post ni. dan Alhamdulillah segala2nya sy mampu tempuhi. kerana apa? kerana saya tak pernah lemah semangat. maybe awak je kut yang mensalah tafsir kan apa yg post ni? wallahu'alam. :) terima kasih atas komen anda.

      Delete
  3. Bila seseorang dapat rasa lebih lega dengan meluahkan perasaanya.mengapa ada hati2 batu yang sukar memahami dan kondemn hati2 yang fragile ni.berat sama dijinjing...ringan sama dipikul.inilah baru muslim ideal.bantu membantu tolong menolong jika bukan dengan tangan dengan kata2 pun boleh.

    ReplyDelete

Copyright© All Right Reserved Zetty Najwa Rosni