27 May 2013

The day we are ♥

Holla hola ! Hari ini hari ahad yang membosankan . Lazy Sunday
 hurrrrr....

Semalam, 25 Mei , hari Melon mengajar. haha. Semalam Melon mengajar student kelab fotografi smkdc. Mula2 Ustaz Syukri yang syorkan. Fikir2 cam tak nak, but ta pandai sangat pun dalam fotografi ni. Tapi memikirkan as pengalaman, so Melon terima. But bukan Melon je laa, melon ajak dua member baik Melon, cik Fafa hoi a.k.a Fafa petir and encik amirul adly a.k.a dato amir. hehe. Dia orang pandai dlm bab2 ni, so, ta de masalah bab rujuk2 :) hehe. 
Siapa dyeorg ? haa diaorang ni kawan baik a.k.a "family" Melon. Dia orang sama kolej , sama course. Fafa house mate and Melon slalu panggil Adik , Dato pulak kawan sama kelas and dia "adik ipar". haaa , pepandai laa buat conclusion yeaa. :P hehe

So , kami gerak pepagi dgn berbaki 12 ahli kelab and ustaz syukri. One of them yang join ade adik Melon sekali. Trip kami ke KLCC , so just buat photoshot kat sana. After dah makan2 , kami terus start. Dato laa yang bagi taklimat pasal fotografi. Waktu nak start shoot, we have guest , my "buah hati", en mazeli a.k.a jeli datang . So bila dah ada 3 orang ni , ta de laa Melon gelabah . hehe.

After that, ustaz bahagi2kan kumpulan. So , I got student laki je smua plus my sister.  

Yang berbaju hitam Ustaz Syukri ajarkan , that one yang baju merah Melon ajar. Yang girl comel tu, azreen . Itu "anak murid" dato amir. hehe.


that one yang baju yellow , fafa petir n that cute guy, mazeli. Hari tu Melon dah target nak pakai baju biru coz dapat rasakan aura hari tu kene pakai baju biru. Last2 betul2 kami berempat pakai biru. hahahah

So, photo shoot kitaorang pusing2 kat taman KLCC tu. Dah selesai photoshoot, kami terus gerak pintu depan klcc tuk buat diaorang nya gambar kelab.


ni laa student kelab fotografi, yang baju hijau tu adik Melon. :) Ustaz Syukri tak join pulak dalam gmbar ni. Hayyo... After habis event ni, kami berempat jalan2 kat klcc tu. And, after that , mazeli bawak Melon and adik jalan2 kat KL also tempat part time keje dia kat Sungei Wang. Nak jadikan cite, Melon tersesat kat situ...==' hahaha. Jadi seram pulak nk jln2 kat KL uh...

Thanks u alls coz make my day. I'm so sorry coz ta banyak ilmu yang Melon kasik. Mana melon tau, tu laa melon bagi. :) And, specially thanks to ustaz syukri sbb sudi jemput kami as fasi tuk event ni, Ni pun da kira subject tuk study kami berempat. hehe.

So, just tu je serba sikit yang Melon nak citakan. Hope like it♥
k babai ! Assalamualaikum

xoxo, Melona.


p/s : tuk post kali ni, melon nak mintak sedekahkan Al-fatihah buat rakan PLKN melon yang
telah kembali ke rahmatullah pada hari khamis yang lalu. Arwahyarham Khairul Azmir
from komponi Alpha kumpulan 1 siri 9. AL-FATIHAH ......




23 May 2013

tukar kulit lagi but still PINK.


holla holla ! hehe. sekali lagi melon tukar "kulit" blog nie selepas setahun ! yea ! 
Mula-mula memang dah malas pun nak tukar, sekali dijadikan takdir 3 hari lepas, tengok2 blog melon dah hancur ! wahahaha nak nangis bhaiii rasenye 

Tapi, hikmah dari tu, tadaaaaa! Blog da tukar ke lagi yang simple . Melon malas nak buat gah2, lebih2, sebab dah penat. Ni pun just mana2 yang larat. Sebab lagi pun, blog melon tak macam blog orang lain siap ade tutorial bagai semua. Melon buat blog ni pun sebab tempat tuk Melon cerita suka duka , pahit manis hidup. Bukannya asalkan buat blog, asyik tuto je, cerita sendiri tak ada. kan..?

So, ni lahh tempat tuk Melon meluah perasaan. *ceh. hehehe. 

Yang pasti, Melon masih kekalkan blog yang berwarna pink. My favourite colour. hehe. Dari 2009 sampai lahh sekarang still pink. hihi. Header pulak ada gambar sendiri. Poyo betul. hehe

Lagi 2 minggu nak masuk semester 3. Yea ! Yea ! Tak sabar nyaaa ! Melon tak sabar nak melukis cam selalu, design, pegi class, and macam macam lagi lah. Seriously, dulu time skola Melon paling tak suka study, tapi sejak masuk study balik ni, perasaan nak study membuak2 daripada nak cuti. Maybe sebab kali ni Melon belajar course yang Melon impikan sejak dari kecik lagi, minat and maybe ade bakat. So, Melon tak nak main2 dah kali ni. Melon berusaha gak nak DEAN LIST !!
hehehe.

Lagilah membuak2 bila tengok senior Melon last year dah convocations. Tahniah abang2 kakak2 senior AD GRAPHIC ! 

K lahh maybe tu je laaa kot serba sikit bebelan Melon tuk post kali ni. Pajang umur, Melon menaip lagi dilaen post. hehehe
k babai smua !

Assalamualaikum .
xoxo, Melona.


P/S: sabtu ni pegi mengajar student fotografi skola cempaka kat KL. Alahai~
Jumpa2 Melon, tego2 laa yea :P hehe.

15 May 2013

beribu-ribu lemon

holla holla hui hui !
*cuti semester sangat membosankan ... !*
Ya , sangat membosankan. Sebab tu Melon sangat malas menghadaaoi waktu2 cuti sem. haihh. Bukan Melon tak nak keje , cumanya tahap kesihatan Melon tak membenarkan tuk melon berkerja. Than senior2 pun ada pesan, kalau boleh cuti sem ni melon kene rehatkan otak. Sebab masuk semester baru nanti, Melon kene perah otak betul2 , sebab idea kena bang bang ! baru senang nak skor. And , kelas BEL (english) banyak buat essay and idea tuk essay pun kenelah lagi bang bang ! hehe.

Tapi cuti sem ni melon banyak habiskan masa ngan baca novel. Tuk bulan ni Melon berjaya habiskan 2 novel ! tadaaa~ (nak poyo sat sebab tak pernah habiskan 2 novel dalam masa satu bulan. hahaha 

So , yang ni yang first melon habiskan. PENGANTIN EXPRESS. Asalnya melon just baca-baca kat Ilham Karangkraf. But, lelama bile pegi pesta buku , melon jadi minat nak baca yang full. So, terus melon beli. Cite dia pun best ! Walaupun watak Rayyan tu menyakitkan hati, tapi  jalan cerita and kisah pasal Rayyan and Aleeya buat melon rase sangat seronok tuk baca banyak2 kali. weeeee~
Yang bestnya dalam novel ni, banyak mengajar kita erti sabar dan setia pada yang satu dan juga pada Illahi. ^^


Yang ni kedua yang melon baru je habiskan tadi. Nie novel Mimie Afinie yang ke 7 melon ada and baca. Seriously , kesemua novel beliau yang melon baca tak pernah bosan and sangat memuaskan ! Tak kisah lahh orang nak kata tak best ke apa ke , yang pasti beliau telah hasilkan karya yang de-bomb and sebab karya beliau laa melon jadikan inspirasi tuk buat cerpen! heee~ walaupun cerpen melon bukannya best apa pun :p

okay back to story , karya beliau yang baru selesai melon baca, AKU , DIA DAN BINTANG. Yang ni baru je keluar time kat pwtc baru2 ni. Kisah gadis malaysia and cowok Indonesia. Mula2 baca sipnosis dia macam tak yakin je, tapi bila dah baca berani melon cakap yang novel ni betul2 buat jiwa melon terusik. Sebab hampir keseluruhan cite kat novel ni kisah benar melon. But cowok indonesia tu tak lahh. hehe. Actually, I means kisah2 kene curang yang ada, semua tu melon dah rasa, sebab melon pun dah kene benda2 tu semua. That's why novel ni bagi impak yang mendalam kat melon. :)

By the way, tak rugi datang jauh2 ke pwtc sebab nak beli karya2 hebat ni. Plus dijadikan rezeki dapat pula jumpa idola melon, Mimie Afinie. Alhamdulillah ! :D

So, tu je yang melon nak story2. Rajin2 jenguk lah karya melon ni. Bagi la pendapat and komen agar melon dapat perbaikinya lagi yea! please please please ! heeee

Okay thanks so much. Boleh laa komen2 kat ruangan komen kat blog ni yea ^^ love you muah muah beribu-ribu lemon ! haha

k babai ! Assalamualaikum.
xoxo Melona 




11 May 2013

Cerita 5 bulan yang hilang !


Ding dong ! Holla2 semua. Sorry guys , melon dah 5 bulan tak hadap blog melon ni :( sorry sangat2. Ramai yang dah tanya nape blog ni dah tak ada update tuk 2013 ??
Sejak masuk tahun 2013 , dari Januari sampailah ke Mei ni , Melon busy sangat2. Dengan study lagi, masalah itu ini, assignment berlambak. So, blog ni terpaksa tinggalkan dlu. 
see, publish pun akhir tahun 2012. hahaha

Sepanjang masuk tahun 2013 ni, macam2 dugaan Melon kene. hurmm. Tapi melon redha, sebab semua tu kan ujian dari Allah :) Melon berjaya habiskan semester 2 ! And , keputusan result final UiTM pun sangat memuaskan ! Melon dah naikkan cgpa & gpa. Walaupun hasrat nak dapat DEAN LIST masih belum tercapai, but Melon dah tekad mulai semester 3, Melon nak buat yang terbaik. Tak nak dahhh main2 time semester 2 dulu . fuhhhhh ~

Tapi, semester 2 ni pun boleh tahan gak pengalaman yang Melon lalui. Time bulan Mac, kolej Melon adakan FESTIVAL SENI & FESTIVAL SUKAN. heee~ Time Festival seni, Melon masuk Pertandingan Drama & Pertandingan Tarian Tradisional. Melon dapat group merah , RED SPARTAN !


Ni time pertandingan DRAMA, and of coz laaa group kami JUARA! heee~ Tajuk drama kami TELAGA HAJAT. Melon berlakon as SI TUA. Walaupun ta banyak babak, tapi sangat berpuas hati ! 

Yang ni pulak time Pertandingan Tarian Tradisional. Haaaa. time ni kami tak menang, sebab ade masalah teknikal sikit :P hehe. *jangan tanya Melon yang mana satu ==' sebab make-up gila tebal !





Yang ni time Melon jadi crew for Diploma Show for Graphic and Digital Media course. Yang berbaju merah and that guy is my bestie <3 hehe. Yang sebelah melon tu, lecturer graphic yang paling awesome ! Awwww, love you all so much! :D

Yang paling penting, perkara yang terindah dalam hidup melon bila melon dapat jumpa IDOLA NOVELIS melon !! wahaha ! Happy gila. Beliau lahhh inspirasi melon tuk hasilkan cerpen and novel. Melon menggigil2-gigil time jumpa nk autograph dia ! hahah. Melon sempat cakap kat beliau ,"kak , saya suka dengan karya akak. Terima kasih sebab buat saya buka hati tuk baca novel and hasilkan karya. Sebab tu semua bermula dari baca novel akak." And she said, "terima kasih sebab sokong saya dan karya saya" awwwwm dia sangat peramah and baik ! Kak MIMIE AFINIE , YOU'RE MY INSPIRATION !

Okay maybe tu je laa serba sikit melon dapat ceritakan pengalaman Melon selama 5 bulan ni. Sebenarnya banyak melon nak cite, tapi kalau habis semua nya nak cita satu hari tak habis ! Yelahhh perempuan kan ada 2000 perkataan dapat luah for whole day ! hahaha XD 

okay thanks for much kepada yang selalu baca blog serba kurang melon ni , and yang selalu bagi support supaya Melon terus menaip kat blog ni. Love you alls so much ! heeee~

bye and hope to see you all again. Assalamualaikum. 

xoxo , Melon ;)

come read my cerpen at ILHAM KARANGKRAF :) Thanks guys :*



Copyright© All Right Reserved Zetty Najwa Rosni