31 December 2012

Coretan Melon 2012


Dah 3 bulan melon tak updte blog ni. I'm so sorry because melon sangat2 busy sepanjang 3 bulan sampai tak sempat nak update.
*fuhhh, buang habuk* 

Sape sangka, 2012 dah sampai penghujungnya. Hari ni 31 Disember 2012, and hari ni melon nak ceritakan serba sikit kisah sepanjang hidup melon di tahun 2012 ni.

1hb Januari 2012 
hari ni bermula perjalanan aku kat PLKN. Ye ye jujur memang aku tak nak pegi PLKN tu coz tak pernah lagi kot jauh ngan family. Tapi tak ape. Ape guna hidup kalau tak ada pengalaman dan kenangan ? So, aku kuat hati & fizikal tuk pegi jugak. Seminggu kat sane, jujur lah, rasa NAK BALIK !! But, alhamdulillah kat sane, I got many experience with the AWESOME sibling ! hehe. Kat sane aku kenal dengan Mia, Syakirah, Siti, Faizah & Liyana. Seriously, mereka memang awesome ! :) Lagi2 jurulatih kat sane. Baik sangat2. Dan, walaupun banyak konflik & masalah sepanjang kat sane, tapi kenangan manis tu memang masih aku ingat sampai sekarang. Ya Allah , kalau lah dapat putarkan waktu ni, aku nak pegi lagi plkn tu. Dan, pada semua bekas plkn situ, korang pown AWESOME ! heeee.

21hb Mac 2012
Ahhh, balik dari plkn terus kene pegi amek result SPM. huhhhh , menggelabah giler! Dan, result.... biarlah rahsia! heee. 

1hb Jun 2012 
kakak2 abang2, makcik2 pakcik2 , aku dah sambung belajar lagi ! wuhuu ! aku berjuang kat Kolej Teknologi Timur, Sepang. Hahaha. 20 minit dari rumah nilai je kot. haha. Tapi tak ape, janji niat nak belajar and nak dapatkan DIPLOMA. Kalau ada rezeki, aku nak dapat kan dekan. Insya-Allah. Aku sambung belajar kos ART & DESIGN: GRAPHIC AND DIGITAL MEDIA under UiTM. So, satu lagi impian aku nak jadi student UiTM & bakal GRAPHIC DESIGNER dah jadi kenyataan. Alhamdulillah. Impian yang aku tanamkan sejak kecil lagi.

Kat sni aku dapat banyak sangat pengalaman. Seminggu orientasi, memang best ! Kat sini aku mula kenal ngan seorang gadis yang comel, Fasyilin. Dia memang awesome! Dia gila2 cam aku. Aku selesa gile berkawan dengan dia coz dia boleh terima gurauan n suka duka aku. Sebab jarang lah nak jumpa kawan yang boleh terima seadanya diri kita ni. Then , 3 minggu belajar kat sana, aku jumpa lagi sahabat yang awesome, Nadia. Dia cantik and baik sangat2. Aku selesa gile kawan dengan 2 orang ni , memang awesome lahh! And 3 bulan kami bersama tiga orang, tiba ada 2 jejaka yang hensem lagi comel jadi sahabat aku, Ikram & Mus. 2 jejaka ni cepat touching and perangai pun gila2. hahaha. Btw, Ikram& Nadia telah pun berpacaran okey. Semoga diaorang akan bersama sampai jannah. amiiinnnn. 

16hb Ogos 2012
Ya Allah, hari ni hari yang paling sedih dan terluka dalam hidup aku. Satu2nya sahabat yang paling aku sayang, sahabat yang sangat2 memahami jiwa dan raga aku, pergi buat selama2nya. Muhammad Hafizul Asraf bin Mohd Nizam. Aku dah anggap dia sahabat sejati, soulmate and adik. Tapi, apakan daya ALLAH lebih sayangkan dia. Jujur, dia antara anugerah Allah yang paling terindah dalam hidup aku selepas parents n family aku. Sebab, dialah manusia yang sangat murah hati, baik dan tak pernah merungut. Hari ni, aku, aqilah, amy, ida & shaqila menangis tanpa henti. Sebulan permegiaan dia pun, masih lagi aku menangis. Aku rasa cam hilang segala2nya, aku dah tak semangat nak belajar and macam2 lagi. Sebulan aku meratapi permegiaan dia. Tapi, hari demi hari aku cuba untuk kuat sebab aku ingat pesanan tekahir dia sebelum dia pergi.
"Kau kene kuat, Ros. Aku tahu kau kuat. Aku sayangkan kau....."
Al-fatihah buat sahabatku yang tercinta...
16hb November 2012
Hari ni satu2nya atuk aku , pergi meninggalkan kami sekeluarga buat selamanya.Sedih sangat2 coz satu2 atuk yang aku ada, dah pergi buat selamanya. Namun, aku redha. Mungkin memang dah tiba waktunya dia pergi. Arwah merupakan ayahanda pada mama aku. Mama dan papa aku dah kehilangan ayahanda mereka. Semua ni buat aku tekad yang betapa pentingnya ibubapa dalam hidup aku. Hilang kekasih, boleh bertemu yang lain. Hilang sahabat, masih ada yang boleh jadi sahabat. Hilang ibubapa, sampai akhirat takkan ada penggantinya..... Al-fatihah buat atukku yang tercinta....

2hb Disember 2012
Alhamdulillah, aku dah jadi student tuk semester 2. Jadi senior sem 2 kot ! hihi. Sem 1 lalu aku dapat pointer 3.17 dan alhamdulillah tak ada subjek yang repeat. :) Dan, masuk sem 2 dan tahun baru ni aku dah target nak naikkan pointer dan nak tergolong dalam "DEAN LIST". Insya-Allah. Doakan aku okey. Semoga aku dapat habiskan diploma ni. Tak sabar nak jadi GRADUAN UiTM GRAFIK. AMINNN...

So, tu jelah serba serbi (lah sangat) kisah melon sepanjang 2012 ni. Dan, melon dah tekadkan azam tuk tahun 2013 ni. Azam ape tu biarlah rahsia. heee. Buat mereka yang dah bantu melon, yang dah happykan melon, "sakitkan hati" melon, thanks soo much coz hadir dalam hidup melon. Biarlah kenangan tu pahit mahupun manis, tapi korang tetap insan yang diciptakan tuhan tuk hadir dalam hidup melon. wahhh, dramatis gituh. ! heeee Semoga tahun baru ni, akan menjadi tahun yang terindah dan manis dalam hidup kita untuk selamanya. AMIN YA RABBI ALAMINN...

xoxo, Zetty Najwa Rosni. Assalamualaikum ^^

ps* berazam untuk ubah penampilan ke lebih muslimah ^^ doakan ye !

Copyright© All Right Reserved Zetty Najwa Rosni