15 September 2012

Ini kisah 'DIA'

Hari ni melon nak cerita kisah 'someone'. Dia belajar kat kolej yang melon belajar. Cantik ? Tak adalah sangat. Macam mana parents dia, cam gituh la dia. :)

So, Melon nak cerita pasal dia masa first2 dia masuk kolej. Dia ni kadang2 pendiam, kadang2 tuh menggila sangat. Kadang2 orang memang takkan paham dengan mood dia nih. So, masa last day orientasi kolej, dia ade suka kat 'I'. Dia suka sangat kat lelaki tu. Tapi just suka je. Kata dia, laki tu memang stail habis macam cikgu. Lagipun dia ni suka tgk laki2 pakai kemeja. So, one day tu dia minta tolong kat kawan baek dia tuk bagi tahu kat 'I' yang dia sukakan 'I'. Then, si 'I' ni pun cakap...

"Sorry ar, aku tak minat la kat dia. Aku suka kat housemate dia yang freehair tu.."

Dia pun macam terkedu. Yelah , orang yang dia suka rupa2nya syok kat housemate dia. Mana tak terkedu & malunya. Siap si 'I' tu mintak tolong lagi kat kawan dia tolong "rapat2kan" si 'I' & housemate dia. Hampir 2 minggu dia rasa down. Tapi, artwork dia sentiasa siap.

Then, sebulan selepas tu, kawan sekelas dia nak berkenalan dengan dia. Laki 'F' tu pujuk kawan baik dia supaya tolong2 'F' dapat kenal ngan dia. Seminggu juga dia cuba terima 'F'. Mula2, hati dia memang berat nak terima. Sebab dia dah target, nak tutup pintu cinta dia. Tapi, dia cuba buka balik. Dia bagi 'F' peluang. 'F' janji tuk jaga hati dia sebaek yang mungkin. Memang dia tak ada cinta mahupun syg kat 'F', namun dia cuba jugak tuk sayangkan 'F'. Dan, dia berjaya.

2 minggu je mereka mampu bertahan. 'F' mula buat hal. 'F' start curang dengan dia. 'F' masih sygkan ex-gf dia. Mana tak nya, 'F' banyak kali kantoi dengan dia. Then, dia sendiri minta putus. Dia dah tak tahan coz 'F' selalu seksa jiwa dia. Malam2 , dia nangis & menjerit je. Yang buat jiwa dia sakit tuh coz dia dah terlalu sayang kan si 'F'. Tapi , dia ni boleh tahan gak 'kebodohan' dia. Dia pergi minta couple blek kat 'F' tuh! dah tahu laki tu terlalu sakitkan jiwa dia. Lagi dia nak balik. Tapi, melon paham. Dia terlalu cintakan 'F'. Dia berat nak tinggalkan 'F'.

Sebulan juga dia tunggu jawapan dari 'F'. 'F' pun bukan nak cakap ya atau tak. Saje nak buat dia lagi menunggu. Sebulan dia jadi tak tentu arah. 'F' benar2 buat dia sakit! So, one day tu, tetiba 'F' tuduh dia buat cerita buruk kat housemate dia. Dia punya la marah hari tu. Selama nie dia sabar dengan 'F'. Dan2 'F' tuduh dia yang bukan2. Then 2 hari lepas tu, 'F' bagi jawapan. 'F' tolak habis2. Dia punye menunggu saban hari, 'F' tolak dia ?! huh!

Then, dia terus nekad tuk hidup macam dulu balik. Seminggu before raya, dia mula senyum & happy, walaupun tak sama happy dia yang dahulu. Pada 7 August, dia tersempak dengan "nobody". "Nobody" buat dia terkaku dengan pandangannya. Serius, mata "nobody" buat semua orang terpegun tengok dia. comel sangat! Tapi, dia dah malas nak pikirkan pasal lelaki.
Namun, seminggu kemudian, nasib tragis menimpa dia.

Sahabat sejati dia "pergi" buat selamanya. Sahabat paling terhebat dalam hidup dia! Sahabat dia yang tahu segala2nya pasal dia. Sahabat yang banyak dia berjanji bersama. Dia dah janji dengan sahabat itu yang tuk jumpa pada keesokkan harinya. Dan, ya , memang mereka bertemu dalam majils pengebumian. Dia jadi makin stress, jiwa dia makin parah!
Hari raya Aidilfitri tahun ni tak ada makna bagi dia. Dia hilang arah. Dia jadi pendiam sangat masa seminggu cuti raya. Selepas cuti seminggu, stress & jiwa parah dia masih terikut. Dua minggu dia tak buat artwork, kerja menangguh, failed test. Dia makin stress sehinggalah satu hari tu dia tengok video kenangan arwah sahabat dia itu. Dan , dia menangis sepuas-puasnya...

Dia kembali hidup ceria. Dalam keadaan mendadak, dia ceria macam dulu meskipun hati dia masih terluka. Tapi, dia biarkan coz demi family n rakan2 dia yang masih ada.

Kemudian, dia bertemu kembali dengan 'nobody'. Dia dapat banyak maklumat pasal 'nobody'. Mana tak nya, dah lama hati dia tak pernah berdebar. Kali ni, dia memang jatuh cinta! Dia benar2 jatuh cinta! Dia berusaha nak kenal ngan 'Nobody'. Dan, 'nobody' bagi respon!
Dia punya la gembira tak terkata. Seminggu lebih, hari2 dia penuh pelangi ! walaupun 'nobody' just nak kenal2 dulu tapi dia tak kisah. Janji 'nobody' sudi nak kawan dengan dia. 'Nobody' semakin bagi harapan kat dia.

Tetapi...
Seperti biasa, hati dia dilukai lagi. 'Nobody' diam diri.. 'Nobody' dah tak ada repond.. Dan, dia masih berharap yang 'nobody' akan tetap contact dia... Dia terlalu sayangkan 'nobody'.. tapi...Hati dia semakin dilukai...

Perlu ke hati dia semakin disakiti terus?
Dan, ini kisah dia. Dia yang takkan tahu apa akan berlaku masa depan dia nanti. Dia terus sabar dan sabar menunggu waktu dia tiba.

Dia, sabarlah sayang. Kita adalah 'sama'. Cerita ni tentang dia..dan melon....

No comments:

Post a Comment

Copyright© All Right Reserved Zetty Najwa Rosni